Friday, October 1, 2010

N.A.F.A.S

N.A.F.A.S
“Demi nafas yang Kau hembuskan dalam kehidupanku
Ku berjanji aku akan men jadi yang terbaik”SURGAMU+UNGU
Pagi yang baru
Tenang seperti
Malam selepas hujan
Memberikan ku nafas yang baru
Segarkan impianku untuk
Hari ini..
Syukur demi
Nafas yang Kau hembuskan dalam kehidupanku
Demi Kau
Aku berjanji aku akan menjadi yang terbaik
Itu Doaku dan itulah impianku..
“Bahawa nafas yang kuhirup,
Adalah KuasaMu”SYUKUR+UNGU
Kerdilnya aku..
Perlukan nafas dariMu
Untuk hidup..
Betapa Agung dan Kuasanya Kau Ya Rabbi..
Aku sujud padaMu..
Begitu banyak dosaku
Masih sempatkah aku ini..
Terimalah taubatku..
“Terima Kasih Ya Allah atas indahnya Hidup,

Friday, September 17, 2010

H.U.L.U.R

H.u.l.u.r
Aku hulurkan kepada kamu,dia dan juga mereka..
Aku hulur..
Untuk melihat semuanya
Gembira, ceria dan tersenyum
Itu membuatku bahagia
Itu membuatku gembira
Aku hulur
Kerana ikhlas hati
Aku hulur
Sambil tersenyum
Aku senang dengan itu
Aku suka menghulur..
Aku mahu kegembiraanku dikongsi
Bukan untuk kepentingan sendiri
Aku pohon,aku harap
Aku hulur
Tidak disalahertikan..
Aku hanya manusia..
Yang hanya berusaha
Dapatkan yang terbaik
Di dunia dan akhirat
Jika rezekiku sedikit..
Aku hulurkan semana yang cukup
Jika rezekiku lebih..
Alhamdulillah..
Lebih dan ramailah yang terima
Aku bersujud dan memohon
Pada Yang Agung,
Yang Maha Pemurah..
Supaya rezekiku tetap ada..
Untuk aku terus dapat berkongsi
Dengan kamu,dia dan semua..
Aku tak mengharap balasan duniawi
Cuma sekelumit doa dan ingatan
Bila aku sudah tiada nanti..
Amin.

Sunday, September 5, 2010

b.a.h.a.g.i.a

d.u.k.a b.a.h.a.g.i.a



Pejam mata
Hentikan seketika
Kisah duka itu
Pejam mata
Tenangkan seketika
Kecamuk diri
Pejam mata
Lenakan seketika
Mimpi indah buruk itu
Tidurlah sayang
Tidurlah cinta
Tidurlah kasih
Lenalah ceritera sayu
Masa itu akan tiba
Bangunlah sayang
Bangunlah cinta
Bangunlah kasih
Selak helaian baru
Pergi jauh
Duka itu
Jauh..jauh sana!!
Mari dekat
Bahagia ini
Rapat..rapat sini!!!
Biar erat denganku
Takkan ku lepas pergi
Biar senyum itu kekal denganku
Itu tanda..bahagianya aku!!


Hanya satu kupohon..
Lenakanlah duka…bangunkanlah bahagia



<06.09.2010/tempat berteduh>


Tuesday, August 31, 2010

M.I.M.P.I

Semalam tidurku dibuai mimpi dengan kamu..
Ohh indahnya…mengapa ia hanya fantasi bukan realiti?
Aku mahu ianya realiti..
Kamu hadir untuk aku..
Habiskan masa bersama..
Hanya kamu dan aku.
Aku bahagia..
Aku tak mahu dikejutkan dari mimpi ni..
Biarkan aku lena dalam tidurku..
Aku takut..aku tak mahu..
Kamu tinggalkan aku bila jagaku..
Pagi bangunkan aku…
Aku mencari kamu..
Mencari rasa kamu..
Mencari jiwa kamu..
Tiada..aku paksa diri dibuai lena..
Tapi..kau tiada..
Aku sedih…
Aku mahu mimpi itu!!!
Biarkan aku dengan mimpi itu..
Itu satunya aku bersama kamu..
Jangan kejutkan aku dari lena…
Kerana mimpi itu memberi aku bahagia..
Walaupun cukup sehari…

Tolong.Tolong jangan kejutkan aku dari mimpi….

<25.08.2010/tempatberteduh>






G.E.R.A.B.A.K

Berlari..terkejar..hampir lewat..
Sempat berada di dalam perutnya..
Bergerak perlahan menuju destinasi…
Luarnya gelap..kelam..di malam hari
Hanya ditemani limpahan cahaya
Lampu dijalanan dan tempat berteduh di kiri kanan..
Dingin sejuk dari penghawa dingin..
Tubuh dibaluti selendang panjang,
Semua isinya diam..bisu..
Semuanya kepenatan..
Henti sibuknya siang..
Satu hentian ke satu hentian..
Tiada bosan..ada teman setia
Berbicara pentas kehidupan
Sunyi..hilang kerenah manusia ,
Lenyap bisingnya mesin masa,
Hanya tinggal gerabak sederhana bergerak,
Bunyi tayar berlanggar dengan rel.
Rasa hebat!!
Beri aku jiwa..
Gerabak bergerak terus,
Ditelan larutnya malam menuju destinasi..
Tak ditunggu destinasinya…
Minta jauh laluannya walaupun dekat..
Aku mau saat ini kekal..
Aku suka!!
Jiwa aku ‘ hidup’ di gerabak yang bergerak ini..


<27.08.2010/ipohmali>



Saturday, August 21, 2010

B.A.R.U

aku BARU|punya medium BARU untuk aku bercinta bermonolog|dengan kamu dan dia|tentang dunia aku yang kecil!!
aku bosan!!|bermonolog sendiri tanpa balas|kamu dan dia tiada|sendirian|aku kosong!!
aku BARU|mula merangkak|berlagak untuk berlari|bertatih pun tidak|punya kamu dan dia|aku rasa| aku mampu!!
aku BARU|mencari kamu dan dia|setia teman aku di sini|untuk cipta aku yang BARU|selongkar jiwa BARU!!
aku BARU|tidak cari nama|aku tak terer!!|aku tak femes!!|tapi aku cuba|bermonolog bersama kamu dan dia|cara aku sendiri!!
aku BARU|mengharap langit tinggi|tak sedar baru setapak di bumi|kamu dan dia tolong aku|tolong aku yang BARU!!
BARU|terdiam terfikir bersyukur|punya ruang untuk aku|imaginasikan pada kamu dan dia|cerita dongeng aku!!

khabarkan mereka|ni ruang aku yang BARU!!