H.u.l.u.r
Aku hulurkan kepada kamu,dia dan juga mereka..
Aku hulur..
Untuk melihat semuanya
Gembira, ceria dan tersenyum
Itu membuatku bahagia
Itu membuatku gembira
Aku hulur
Kerana ikhlas hati
Aku hulur
Sambil tersenyum
Aku senang dengan itu
Aku suka menghulur..
Aku mahu kegembiraanku dikongsi
Bukan untuk kepentingan sendiri
Aku pohon,aku harap
Aku hulur
Tidak disalahertikan..
Aku hanya manusia..
Yang hanya berusaha
Dapatkan yang terbaik
Di dunia dan akhirat
Jika rezekiku sedikit..
Aku hulurkan semana yang cukup
Jika rezekiku lebih..
Alhamdulillah..
Lebih dan ramailah yang terima
Aku bersujud dan memohon
Pada Yang Agung,
Yang Maha Pemurah..
Supaya rezekiku tetap ada..
Untuk aku terus dapat berkongsi
Dengan kamu,dia dan semua..
Aku tak mengharap balasan duniawi
Cuma sekelumit doa dan ingatan
Bila aku sudah tiada nanti..
Amin.
No comments:
Post a Comment