Friday, September 17, 2010

H.U.L.U.R

H.u.l.u.r
Aku hulurkan kepada kamu,dia dan juga mereka..
Aku hulur..
Untuk melihat semuanya
Gembira, ceria dan tersenyum
Itu membuatku bahagia
Itu membuatku gembira
Aku hulur
Kerana ikhlas hati
Aku hulur
Sambil tersenyum
Aku senang dengan itu
Aku suka menghulur..
Aku mahu kegembiraanku dikongsi
Bukan untuk kepentingan sendiri
Aku pohon,aku harap
Aku hulur
Tidak disalahertikan..
Aku hanya manusia..
Yang hanya berusaha
Dapatkan yang terbaik
Di dunia dan akhirat
Jika rezekiku sedikit..
Aku hulurkan semana yang cukup
Jika rezekiku lebih..
Alhamdulillah..
Lebih dan ramailah yang terima
Aku bersujud dan memohon
Pada Yang Agung,
Yang Maha Pemurah..
Supaya rezekiku tetap ada..
Untuk aku terus dapat berkongsi
Dengan kamu,dia dan semua..
Aku tak mengharap balasan duniawi
Cuma sekelumit doa dan ingatan
Bila aku sudah tiada nanti..
Amin.

Sunday, September 5, 2010

b.a.h.a.g.i.a

d.u.k.a b.a.h.a.g.i.a



Pejam mata
Hentikan seketika
Kisah duka itu
Pejam mata
Tenangkan seketika
Kecamuk diri
Pejam mata
Lenakan seketika
Mimpi indah buruk itu
Tidurlah sayang
Tidurlah cinta
Tidurlah kasih
Lenalah ceritera sayu
Masa itu akan tiba
Bangunlah sayang
Bangunlah cinta
Bangunlah kasih
Selak helaian baru
Pergi jauh
Duka itu
Jauh..jauh sana!!
Mari dekat
Bahagia ini
Rapat..rapat sini!!!
Biar erat denganku
Takkan ku lepas pergi
Biar senyum itu kekal denganku
Itu tanda..bahagianya aku!!


Hanya satu kupohon..
Lenakanlah duka…bangunkanlah bahagia



<06.09.2010/tempat berteduh>